Monday, October 4, 2010

THOSE WERE THE DAYS

hari ni keja abeh awal sket...so masa tgh tgu wife aku smpi seremban, tgn start da menggatal nak main2 edit gbr sbb br je download photoscape..sian aku kan...harap pc jer chantek kt opis neh tp microsoft photo editor pn xder...dah la aku ala2 buta it sket, klu x senang jer aku upgrade benda bernama PC ni..hehe

dalam dok tgk2 gbr tu, rasa feeling lak tgk gbr lama2 masa sekolah dolu2..ala2 zaman kegemilangan gitu..huhu...zaman gagah perkasa..perggghhhh...walaupun badan agak kurus dan slim...hahaha

tahun 1998-2001 adalah zaman main ragbi sampai mati...pg petang siang malam igt ragbi...sblm tidur pn sembang pasal ragbi dgn bdk2 ragbi hostel..silap2 sblm lelap mata dan lg pi tackle org atas tilam....hahaha...mmg gemilang sungguh la....

time tu mai la opponent besar mana pun, fiji ka apa ka mmg x kecut la aku tackle...low punya...tackle tetap tackle, jatuh ka dak blakang kira...hahaha... tu yang habis patah hidung...huhuhu

tu la zaman kegemilangan (semula) Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH)...stakat champ negeri tu pejam mata la...cuma luck asek xdak final MSSM, kena sumpahan kalah tipis final..mmg sakit hati.. (99% player kedah budak kolej)

tapi premier mmg hebat..klu aku x hebat pn kwn2 hebat ok la kannn..janji menang bergaya...MCKK pn salute la masa tu..diulangi masa tu... sbb la ni dgrnya dah melalui zaman suram...kesiannnn...


jadi, selepas mengcrop dan edit dgn ganasnya gbr2 yg hak miliknya kwn2 fb zaman skolah, maka di sini aku persembahkan sang ifwan yang perkasa...hahaha
(aku cakap ganas x semestinya cantik kannnn..so plz jgn compare editing aku ngan sesape k)



jonah jones kebangsaan 1999 atau 2000..x igt



pra sukma 1999


jonah jones zon utara...champion la...hahaha








SAHC VS MCKK final premier league




di pasar siti khadijah kelantan, sblm game vs SIC...rambut straighten tuh..hahaha




hatyai 7's




hatyai 7's







pra sukma 1999

Tuesday, September 21, 2010

CAMERON HIGHLANDS

aku dah beberapa kali ke cameron highlands sejak kecik..paling takleh lupa masa pi sana time darjah 2, aku ajak abah singgah masa balik dari kampung di dengkil, selangor sbb ada sorang awek dalam kelas cerita pasal cameron sebelum tu..hahaha...

dipendekkan cerita, cameron ni taraf dia biasa la, sbb ditolak masa aku p time darjah 2, yg lain2 tu berbeza waktu malam ja sbb terlebih sejuk...yg lain, mcm kt bawah jugak la, tengah hari panas, petang pn panas jugak...org nk feeling2 mcm kt 'obasi'..apa klas panas2 kan..hehee

tapi, baru2 ni aku naik dgn family wife, rasanya lain sgt..walaupun short trip, sehari setengah saja, tp sbb semua sporting kami sangat enjoy.. sometimes it s not about the destination but the journey itself...



masa tu jugak br aku sedar ropanya ada lg tpt yg aku x cover selama ni, igtkan da sampai semua dah..nama dia Boh Tea Centre, Sg Palas, Cameron Highlands... diperkenalkan oleh sapa lag kalu bukan kakak ipar aku dan suaminya, kak tik dan abg omar...


jalan nak masuk mmg agak scary, sempit, curam dan mendaki...tp kalau anda seorang pemandu yang yakin memang boleh lepas punya...mmg x sia2 pn sbb scenery mmg superbbbb!!!!

paling aku suka kt tpt ni selain scenery ladang teh adalah barisan rumah pekerja yang berwarna hijau kebiruan, yang sangat 'hidup' dalam latar belakang kehijauan teh...pergghhh



so, kitorang minum petang kt c2..mcm2 teh la dipesan, tp paling aku n kid suka adalah teh tarik..lain woo rasa dia dgn yg kedai mamak...hehe...

makanan paling sedap yang mendapat pujian ramai dengan skor 4 bintang..jeng jeng jengg....tidak lain dan tidak bukan adalah sandwich tuna..mmg lazatttt giler la...terasa sedap sgt sbb sayur dia fresh... juga mendapat tempat di hati aku adalah scone...(aku sebenarnya x pernah makan pn, teringin sgt nk rasa sbb org CH ni sinonim dgn scone...mmg x menyesal...perfect la dpt teh tarik, scone n sandwich...

(untuk rujukan: The scone is a small British quick bread or cake if recipe includes sugar)



paling best, lepas makan bila tgk scenery nih....rasa puas hati sgt kannn...
apa la gunanya berjalan ke sana sini kalau orang rumah x happy....hehehe

tu jelah kot wat masa ni...malas nk tulis pepanjang...tgk gbr lg senang...














Sunday, September 12, 2010

permulaan baru

hari ni raya ke-2..err actually da masuk ke-3...aku dok sorang2 kt umah sbb wife n kids ada di ipoh, sedangkan aku terpaksa mula bekerja p;ada raya ke-2 demi mencari sesuap nasi.... ewah...

blog ni rasanya da dekat setahun wujud, dan mungkin xde org buka pn sbb aku sendiri pn jarang sgt2 update..ni nk buka balik pn blh lupa dah password..hahaha...tua da aku nie..

neway, masa pat lima hr nk raya aritu aku balik kg di kota sarang semut, alor setar kedah...n buat pertama kali sejak beberapa tahun lalu aku merasa pegi bazar ramadan di kedah...sbb lama dh x raya kt kedah... (bila da makin tua br rasa banyak benda aku miss...huhu..tp xleh menyesal sbb aku pilih kerja ni dan sedar risikonya)

nak dijadikan cerita, masa dok jln2 kt bazar tuh aku tertarik hati kt satu warung ni jual pulut udang...very simple warung, ada stove arang utk bakar pulut dan satu meja kecik...

aku pn, singgah beli dan masa berbuka aku sungguh kagum sbb sedap gila pulut udang tu.. last2, tiap2 petang aku p beli dan kul 5 aku da terpacak kt c2 sbb takut habis...

masa last day sebelum raya, masa tgh dok beratur dan mengelamun, tiba2 aku mendapat idea, apa kata aku buat blog untuk cerita benda2 mcm ni..klu org x baca pn at least aku seronok meneroka street foods/gerai/restoran bermacam jenis, sambil ringan mulut bersembang dgn ownernya...dan sambil2 tu juga aku leh jalan2 xplore donia kecik bernama malaysia ni kan...

so cadangnya aku nk start dgn gerai tu la...malangnya, bila aku tersedar dari lamunan, baruku ku sedar lg 1 perkara, aku x bawa kamera dan itu adalah hr terakhir dia berniaga di situ sebelum kembali berniaga di tempat biasa x jauh dr rumah aku selepas raya- yang mana bermakna aku x sempat nak p sbb aku cuti smpi 1st raya saja...

so, dgn ini, aku mengambil keputusan untuk membuat permulaan baru kepada blog aku ini..iaitu menceritakan benda yg aku terasa nk tulis bila aku ada mood, masa, mungkin berkaitan life aku dan paling penting menekankan tempat2 makan atau menarik lain yang aku singgah...

chayok ifwan!!!

Saturday, October 24, 2009

padang oh padang

Aku, pada 1 oktober lalu dihantar ke Padang, Sumatera Barat, untuk membuat liputan gempa bumi yang menggoncangkan ranah minang itu serta mengorbankan lebih 3,000 penduduk (anggaran Palang Merah Antarabangsa).
Banyak penderitaan dan kemusnahan disaksikan sendiri oleh mata ini dengan perasaan simpati, namun tidak mampu memberi bantuan lebih dari kemampuan diri yang serba kerdil ini.
Lapan hari di sana, yang nyatanya bukan saja di Padang, tapi juga di kawasan pedalaman iaitu Padang Pariaman yang sebenarnya lebih teruk terjejas, banyak pengalaman dikutip.
Tapi cerita itu terlalu panjang untuk dikupas buat masa ini. Dan kali ini aku ingin sekali berkongsi artikel rencana yang dihasilkan dalam keadaan serba kekurangan (kurang tidur, kurang masa dan pastinya kurang selesa) pada hari ketiga di sana.
Sudah aku hantarkan artikel ini (yang dibuat dengan arahan dalam masa singkat), namun sedikit kecewa kerana terdapat banyak perubahan yang menghilangkan sentuhan 'rasa' dan 'perasaan' yang aku selitkan, apabila diterbitkan.
Mungkin, ia disebabkan kelemahan aku sendiri dalam penulisan rencana...Pastinya begitu bukan, kerana aku terlalu mentah di dalam bidang ini, ibarat kail yang panjangnya sejengkal dibandingkan dengan mereka-mereka yang terlalu dalam lautannya untuk diduga.
Apapun, aku sertakan di sini, artikelku yang tulen dikarang di lobi kecil Hotel Bougainville, Jalan Bagindo Aziz Chan, Padang pada jam 3 pagi dengan ditemani bunyi kipas pusing yang sering terhenti, mungkin kerana kurang bekalan elektrik.
Post ini hanya untuk memuaskan hati ku sendiri saja...


WANITA bertudung labuh berusia dalam lingkungan 30 tahun itu tekun mengeluarkan puluhan kopiah dan songkok dari guni dijunjungnya ke satu sudut di kawasan perkarangan Masjid Raya Ganting, Kota Padang, yang sebahagiannya musnah dalam gempa bumi yang melanda Tanah Minang itu pada tanggal 30 September lalu.
Anak kecil lelakinya berusia dua tahun pula sibuk bermain-main daun kering yang jatuh di bawah pokok berhampiran tempat ibunya sedang melakukan kerja-kerja menyusun kopish dan songkok itu.
Perlakuan dua beranak itu diperhatikan penulis dengan pandangan kosong sementara menunggu kedatangan penduduk setempat untuk bersolat Jumaat di bawah terik mentari di atas hamparan sejadah panjang dibentangkan di depan masjid yang hampir roboh berkenaan.
Masjid Raya Ganting yang merupakan masjid tertua di Kota Padang dengan usia lebih 194 tahun dibina pada zaman penjajahan Belanda itu mengalami kerosakan teruk pada struktur asasnya dalam kejadian gempa terbabit.
Bahagian bumbung depan serta kawasan mimbar di dalam majid yang sebelum ini menjadi tumpuan pelancong itu runtuh kerana tidak mampu menahan gegaran gempa bumi berkekuatan 7.6 Skala Ritcher yang melanda Kota Padang.
Selain itu, struktur 25 tiang yang melambangkan 25 rasul wajib dipercayai umat Islam turut mengalami kerosakan kekal yang dikatakan mungkin menyebabkan ia tidak dapat digunakan lagi.
Melemparkan padangan dari luar pagar masjid, kelihatan beberapa orang tua sedang membetul-betulkan hamparan sejadah bagi memastikan kiblatnya tetap satu dan tidak beralih arah ditiup angin yang sedikit kencang hari itu.
Tiba-tiba anak kecil wanita itu, yang kemudiannya diketahui penulis bernama Fairus Ilyasak, merengek-rengek dan mula menangis meragam seolah-olah tidak selesa berada di bawah pokok yang masih terasa bahang mentari jam 12 tengah hari itu.
Dari sebelah pagar, ibunya kemudian memanggil-manggil penulis yang berada tidak jauh, lantas menunjukkan sesuatu dalam longgokan sampah kecil berhampiran tempat penulis berteduh.
Dalam kebingunang, penulis bertanya apa yang ditunjukkannya dan dengan riak muka bersungguh-sungguh dia menuding jari telunjuk kanannya ke arah longgokan kecil sampah itu yang kemudiannya mendorong penulis bangun dan mencari-cari sesuatu yang penulis sendiri tidak ketahui apa bendanya.
“Itu pak…kayu itu,” katanya sekali lagi dan lantas penulis dengan perasaan keliru mengambil serpihan kecil kayu bekas dipotong itu seterusnya menghulurkan kepada wanita di sebalik pagar berkenaan.
Dengan senyuman serta ucapan terima kasih, wanita itu menyambut kayu berkenaan dan memberi kepada anak kecilnya itu yang kemudian diam, seolah-olah mendapat permainan patung robot Transformers Bumble Bee layaknya.
Tersentuh hati penulis melihat betapa serpihan kayu itu mampu menggembirakan Fairus yang nyata leka bermain-main dengannya- menggunakan imiginasi dari otaknya yang berusia dua tahun itu.
Lantas timbul rasa ingin tahu penulis mengenai kehidupan dua beranak itu di Kota Padang yang dikatakan mendapat nama itu sempena bentuk muka buminya seperti hamparan padang yang luas.
Hati ini ingin sekali mengetahui bagaimana perasaan mereka dalam menghadapi bencana gempa bumi yang menggoncangkan seluruh tanah Sumatera Barat ini sehingga mengorbankan lebih …… rakyatnya. (TOLONG UPDATE)
Sementara jemaah yang datang masih belum ramai dan bilal juga belum mengalunkan azan menandakan masuk waktu Zuhur- yang nyatanya tidak menggunakan pembesar suara kerana ketiadaan bekalan elektrik- penulis memasuki perkarangan masjid dan membelek-belek kopiah serta songkok yang disusun atas hamparan kertas surat khabar terpakai itu.
Puas memilih, penulis tertarik hati pada satu kopiah hitam bercorak merah dan kuning yang melilitinya- identiti masyarakat lelaki Islam di ibu negeri Sumatera Barat ini lalu penulis bertanyakan harganya.
“25,000 rupiah pak (bersamaan kira-kira RM6.90),” katanya dan tanpa menawar penulis mengeluarkan dompet dan membayar 30,000 rupiah tanpa mahu mengambil wang baki-yang tidak seberapa dibandingkan dengan kesusahan dihadapi dua beranak itu di kota berkenaan.
Dengan senyuman, wanita itu cuba menolak, namun penulis berkeras enggan menerima lebihan baki wang- berlainan sekali sikapnya dibandingkan dengan peniaga di Indonesia sepanjang pengalaman dan pengetahuan penulis.
Sikapnya itu menarik perhatian penulis yang menganggapnya wanita teguh pegangan agamanya sekali gus tinggi nilai budi pekertinya selaras ajaran agama Islam yang suci.
Lantas ingin sekali hati ini mengetahui apa pandangannya peribadinya mengenai bencana yang menimpa bumi Sumatera Barat ini dan ringan saja bibir ini mengatur bicara mengorek rahsia hatinya.
“Alhamdulillah, saya dan anak berada di dalam lindungan Allah. Rumah kami tidak terjejas namun ketika gempa bumi melanda, saya rasa seperti dunia ini mahu kiamat.
“Rasa seperti berada dalam air di dalam botol yang digoncang-goncang. Saya segera memeluk Fairus dan mengucap sambil berulang kali bertakbir sehingga bumi kembali tenang,” kata wanita terbabit yang kehilangan suaminya akibat kemalangan jalan raya ketika anak dalam kandungan baru berusia tujuh bulan.
“Musibah ini adalah balasan Allah kepada penduduk Kota Padang yang kini semakin jauh dari jalan yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W,” tegas nadanya membuatkan penulis tersentak kerana sepanjang pengetahuan penulis, Kota Padang adalah antara tempat terkenal dengan masyarakat yang kuat pegangan agama.
Enggan mengganggu tumpuan wanita bertudung labuh itu meluahkan isi hatinya, penulis membiarkan dia meneruskan bicara- yang pastinya kekal menjadi pandangan peribadinya sebagai salah seorang penduduk yang sudah menetap di Kota Padang atau lebih khusus di Kubu Marapalam, kira-kira 20 minit perjalanan dari Masjid Raya Ganting itu.
“Manusia di sini banyaknya munafik. Namanya saja Islam tapi perlakuannya semakin sesat dan menjauhi perintah Allah. Mereka selalunya memberi alasan melakukan sesuatu perkara atau cara yang tidak elok untuk menghalalkan matlamat yang kononnya halal.
“Maksiat berlaku di mana-mana tapi semuanya berpura-pura baik dan kerana itu jarang ada orang luar tahu masyarakat di sini juga sama ‘kotornya’ dengan orang di luar sana,” katanya semakin tegas.
Dia kemudian terdiam seketika, dan dengan nada semakin lembut katanya: “Ini adalah peringatan dari Allah supaya penduduk di Kota Padang ini insaf dan kembali ke jalan-Nya,” katanya.
Tiba-tiba wanita yang berlatar belakangkan pengajian pondok itu bertanyakan sama ada penulis beragama Islam, menyebabkan penulis tersentak, namun dengan senyuman penulis mengangguk kepala dan dibalasnya dengan ucapan kesyukuran panjang.
“Tulislah sesuatu yang mampu memberi peringatan kepada orang-orang Islam supaya mereka tidak tersesat dan terus menjadi Islam yang munafik,” pintanya yang kemudian meminta penulis berjanji untuk tidak menulis namanya atau berdosa kerana memungkiri janji.
Puas dipujuk dia tetap enggan dan kerana itu penulis terpaksa mengotakan janji atau menanggung akibat kerana mungkir janji dengannya.
Pandangan peribadi wanita itu sebenarnya dikongsi bersama banyak pihak di Padang. Malah akhbar Padang Ekspres dalam ruangan editorialnya menyifatkan bencana itu sebagai ‘missed call’ dari Allah.
“Dari kiasan berkenaan, sebuah pertanyaan besar dan penuh kasih sayang perlu kita tujukan kepada diri sendiri- adakah kita selalu sujud atau dalam keyakinan yang sebenar-benarnya dan mencintai-Nya lebih dari segalanya.
“Pasca gempa ini, anjakan bijak walaupun terkesan klise, adalah kembali bangkit dan secara perlahan tidak membiarkan larut dalam duka lara. Semua datang dari-Nya dan pasti kita berserah diri kepada-Nya.
“Kita perlu ikhlas dan tawakkal menerima dugaan ini kerana kita, setelah hari ini ingin jauh lebih baik dalam mencintai-Nya. Ini barang kali sebuah perenungan ketika kita sama- sama ditimpa musibah ,” kata editorial akhbar berkenaan.
Gempa bumi yang melanda Sumatera Barat itu memberi kesan paling teruk di Padang selain Padang Pariaman, Kota Pariaman dan Pessel yang melumpuhkan semua aktiviti kehidupan masyarakat setempat.
Sehingga semalam …… terkorban manakala … (TOLONG UPDATE) masih lagi hilang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan serta rumah kediaman kerana tidak sempat menyelamatkan diri dalam gempa bumi di seluruh Sumatera Barat itu.
Selain itu, ramai lagi kehilangan tempat tinggal dan hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan bantuan perubatan serta keperluan hidup yang semakin berkurangan sementara menunggu bantuan dari kerajaan mahupun negara asing.
Di Padang sendiri, mereka yang terselamat masih trauma dan tidak berani untuk terus berada lama di dalam rumah masing-masing, menyebabkan ramai memilih untuk membina khemah sementara di luar rumah kerana bimbang berlaku gempa susulan.
Ketika tiga hari pertama kejadian gempa bumi itu, semua aktiviti di Padang serta tempat lain yang terjejas, lumpuh sepenuhnya akibat jaringan komunikasi, bekalan elektrik dan air terputus.
Walaupun sehingga semalam keadaan di beberapa tempat terutama di beberapa bahagian di Kota Padang beransur-ansur pulih dengan bekalan elektrik dan air berjaya disambungkan kembali, penduduk berhadapan masalah lain pula.
Harga barangan keperluan asas terutama makanan naik mendadak berikutan bekalan yang berkurangan, memberi tekanan kepada penduduk yang rata-ratanya berpendapatan rendah, di samping menanggung kerugian besar akibat kehilangan harta benda akibat tragedi itu.
Penulis yang tiba di Kota Padang pada hari kedua tragedi hanya mampu mendengar keluhan-keluhan penduduk yang merasai secara langsung kesan akibat gempa itu tanpa mampu memberi bantuan, melainkan hanya meminta mereka bersabar dengan ujian ini.
Begitu pun, tinjauan mendapati bantuan serta tumpuan media tempatan serta asing lebih tertumpu di kawasan hotel besar atau kawasan elit yang musnah dalam segi operasi mencari dan menyelamat termasuk di Hotel Ambacang dan Bumi Minang di Padang.
Beberapa stesesn TV Indonesia sendiri, misalnya, membuat siaran langsung satu jam sekali dari perkarangan Hotel Ambacang bagi memberi informasi terkini mengenai usaha mencari dan menyelamat mangsa yang kebanyakannya warga asing, sedangkan rakyat Indonesia yang miskin terutama di Pariaman dipinggirkan.
Bantuan dari kerajaan Indonesia untuk mangsa yang terjejas teruk akibat tanah bukit yang runtuh menimbus kawasan kampung di Pariaman seakan-akan tidak kunjung tiba, apabila sehingga semalam hanya beberapa pasukan bantuan saja tiba untuk meninjau.
Beberapa penduduk berkata, mereka sedih dengan keadaan itu kerana di kala bencana sebegini, kerajaan masih mementingkan orang-orang kaya dan asing untuk dibantu, sekali gus meletakkkan mereka pada kedudukan kelas kedua.
Malah, Badrul Mustapa, 60, mendakwa tidak mengharapkan apa-apa dari kerajaan kerana pernah menghadpi situasi sama dua tahun lalu.
“Dulu gempa mereka berjanji untuk memberi bantuan kewangan bagi meringankan beban kami di sini. Namun sehingga kini, gempa kedua pula melanda selepas dua tahun, bantuan itu masih tidak diperoleh. Ini kan pula mengharapkan bantuan baru?,” ujarnya sinis kepada penulis.
Harapan penulis, penduduk yang teruk terjejas, terutama di kawasan pedalaman segera mendapat bantuan supaya mereka tidak menjadi korban pasca gempa yang mati akibat kelaparan atau wabak penyakit.
Mengingatkan kembali peristiwa di Masjid Raya Ganting, penulis yang terleka berbual tidak menyedari khutbah sudah habis dibaca oleh Khatib, lantaran ketiadaan pembesar suara, lantas meminta diri daripada wanita berkenaan sebaik menyedari jemaah sudah bangun untuk memulakan solat Jumaat.
Dengan menanggap diri sedang bermusafir, penulis bercadang untuk mengerjakan solat Jamak Takhir pada waktu Asar kerana ingin merakamkan gambar jemaah bersujud patuh kepada Allah di depan masjid yang hampir roboh itu.
Kemudian, wanita itu tanpa disangka-sangka mengajukan soalan mengapa penulis tidak menyertai solat Jumaat dan belum sempat penulis menjawab dia sudah terlebih dulu berkata: “Antara kerja dan kewajipan solat, bukankah solat itu lebih penting dan utama?,” membuatkan penulis terkesima.
Tiba-tiba hadir perasaan malu yang teramat sangat kepada Yang Maha Berkuasa kerana menyedari penulis juga kadangkala terdorong mencipta seribu alasan bagi menghalalkan cara dalam mencapai matlamat, seperti diperkatakan wanita itu sebelumnya.
Dengan insaf penulis kemudian segera mengambil wuduk dan menyertai jemaah lainnya mengerjakan solat Jumaat dan berazam untuk tidak melambat-lambatkan solat selagi berupaya- Insyaallah.

-ends